Selasa, 13 Agustus 2013

>> KAMU YANG BERNAMA LELAKI..<<



✿~ Dulu, bila di sebut lelaki, wanitanya mendongak megah, 
Lelaki kami Asadullah, Saifullah mujahidnya ramai tak terkira
Kini, bila disebut lelaki, wanitanya menunduk lemah
Mujahid kami sedikit sekali ramainya, boneka yahudi. 

✿~ Dulu, bila disebut lelaki, wanitanya tenang dihati, 
Lelaki kami menjaga, melindungi 
kini, bila disebut lelaki, wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat, perogol bersiri.

✿~ Dulu, bila wanita dibawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya, tiada siapa yang berani menggoda,
Kini, bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka, wanitanya dibiar bebas, binasa.

✿~ Dulu, lelaki menggadai harta dan nyawa untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini, lelaki menggadai ketinggian agama demi nafsu, dunia dan seisinya.

✿~ Dulu, lelaki bermatian mencipta sejarah kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini, lelaki hanya menyanjungi sejarah diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

✿~ Dulu, lelaki memperjuangkan deen dan ummah Al Farouq, Zunurain mati terbunuh
kini, lelaki memperjuangkan diri dan kroninya, hingga sanggup membunuh..

✿~ Dulu, lelaki bersatu menghadapi musuh, angkatannya kuat dan teguh,
kini, lelakinya berpuak dan berpecah sesama sendiri saling bertelingkah..

>>> KEMBALILAH lelakiku pada KELAKIANMU.. Kami RINDUKAN lelaki dulu, ACUAN madrasah Rasul..♥♥ <<<

Tidak ada komentar:

Posting Komentar